Saturday, May 13, 2017

So Called Vegan Week Challenge


 Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menulis lagi setelah beberapa tahun membiarkan blog ini bersawang. (malu nak baca entry-entry lama *cough*). Jadi beberapa minggu yang lepas, saya dan kawan saya, berkesempatan untuk mencuba vegan week challenge. Agak lucu untuk cerita kembali the reasons behind this challenge, to sum it up, we realise our body are not like we're in 18 anymore, lack of exercise with unhealthy diet resulting the slow metabolism rate of our body (yup, i am not a healthy person). so we decided to give it a try, to change our lifestyle (for a week). Basically, at first I thought Vegan Diet is all about veggies, fruits and grains, any food without animal product (dummies).






Pada permulaannya, kami berbincang sama ada cabaran ini boleh dilakukan atau tidak, kerana kami tidak boleh masak dan pantau bahan-bahan makanan sepanjang Vegan Week Challenge, since we're living in a hostel (don't have any stove or fridge). Alhamdulillah, cafe di kolej kami menjual variasi pilihan makanan, jadi kami meneruskan sahaja cabaran ini dengan meletakkan beberapa peraturan.






1. Sentiasa meng'update' makanan  yang dimakan secara harian.
kami memutuskan untuk snap gambar makanan dan post di Instastory kerana saya dan kawan saya, mempunyai jadual harian yang berbeza, jadi agak sukar untuk makan bersama. Tambahan pula, Instastory memudahkan proses komunikasi, tidak perlu habiskan data atau ruang memory dalam phone hanya sekeping gambar makanan harian and the picture last long for only 24 hours, all hail to new technology.

2. Dilarang sama sekali makan makanan yang berkaitan dengan daging.
daging ayam, ikan, lembu, kambing.. etc, we forbid ourselves to eat it. Jadi dari mana sumber protein?, kami gantikan dengan tauhu dan tempe, serta telur.


This is my Second day meal of vegan challenge
*tak jumpa gambar yang first day*
"nasi-tempesayur-pajeri nenas"

3rd day meal of the challenge
"tauhu tempe goreng, sayur kobis dan nasi"
4th day meal of the challenge
sayur bayam, tauhu masak kicap, tauhu telur jepun dan nasi
this is the time when i realise eggs are forbidden in vegan diet.
maaf gambar low quality, tak sempat nak buat flat lay yang betul *malu depan orang



It was fun, pada hari pertama dan kedua, tiada sebarang masalah dan craving terhadap daging. Tetapi pada hari keempat, kawan saya memaklumkan pada saya yang Vegan is NOT Vegetarian. We misunderstood the concept of these two diets, Vegan and Vegetarian are likely the same. Vegetarian Diets are not allowed to eat animal flesh but can eat the animal's product like dairy, eggs, butter and honey (asalkan bukan daging), However, vegan are not allowed to eat animal's flesh and does not eat eggs, dairy products or any other product derived from an animal (even honey huhu). Kalau nak cerita pasal vegan dan vegetarian memang panjang, kena pergi kepada falsafah makanan. Vegan adalah salah satu cabang dari vegetarian, cuma Vegan diet lebih terperinci dan strict dalam memilih makanan, kerana mereka memastikan makanan mereka adalah free from animal exploitation, since they have emotional attachment towards animals and believe that all sentient creatures have a right to life and freedom. mereka boikot animal cruelty. 








Saya tak nak membincangkan perihal ini lebih terperinci tentang pandangan dan falsafah. Dalam agama islam juga ada membincangkan tentang berlaku ihsan terhadap binatang dan perbincangan terperinci boleh dilakukan dalam tafseer surah al-an'aam dan beberapa surah yang lain. Setelah saya dimaklumkan oleh kawan saya, saya terus google untuk mencari "Do Vegan Eat Eggs?" hahaha like dummies. sebab saya sudah pun makan beberapa biji telur dan juga taufu telur jepun, dimana it's forbidden in vegan diet. Tetapi ada juga yang berpandangan Vegan can eat Eggs (not so purevegan). boleh baca articlenya disini dan disini.





that's why I put my entry, the So Called Vegan Challenge, padahal it's vegetarian diet. well it's still a plant-based diet. Unfortunately, I only hold this challenge for four days, since I need to attend an Annual Grand Meeting at Kedah for 3 days and 3 nights, all the foods have been provided and individually packed (takkan nak buang ayam, membazir). Dalam 4 hari saya terbiasa makan nasi dan sayur, jadi semasa 3 hari saya di Kedah, setiap kali saya makan dinner or lunch, saya akan makan lauk ayam/ikan setelah saya habis makan nasi dan sayur terlebih dahulu (sense of guilty since i couldn't complete the challenge). Walaupun, hanya 4 hari saya makan plant-based diet, it did change my perspective in food and my biochemical body condition (bergantung kepada setiap individu,this is what happen to me only).





1. I Watch What I Eat.



sebelum saya lakukan plant-based diet challenge, saya memilih makanan bergantung kepada selera saya pada hari itu tanpa memikirkan kuantiti atau jenis lauk yang dipilih, asalkan halal dan boleh dimakan. Tetapi cabaran ini telah membawa saya satu level yang baru, terutama sekali apabila sumber makanan bukanlah dari dapur saya sendiri, jadi saya perlu memilih lauk di cafe yang plant-based, dalam masa yang sama I need to complete all the proteins and needs without having any flesh-meat on my plate. saya perlu mengenal pasti setiap lauk dalam pinggan saya sebelum saya makan, walaupun lauk yang saya pilih itu adalah sayuran dan kacang sahaja, tetapi masakan Malaysia selalunya mempunyai ikan bilis atau belacan (shrimp paste) sebagai asas perasa dalam makanan walaupun dalam masakan sayuran. i do realise my option is limited, dah nama pun CHALLENGE.




2. I Eat On Time

seperti pelajar biasa yang duduk berjauhan dengan keluarga, kadang-kadang waktu makan saya tidak teratur, ada kalanya saya hanya makan sehari sekali sahaja (dinner sahaja) dengan alasan tak cukup masa dan kelas sangat padat. Kalau saya lapar sangat saya hanya akan makan biskut atau roti sebagai alas perut, kerana saya tahu cafe di Universiti saya ada makanan sepanjang masa. Tetapi kerana cabaran ini, saya perlu memenuhi syarat-syarat di atas.
Kenapa saya perlu makan ikut waktu? di cafe saya pukul 3 pm ke atas, lauk-lauk semakin berkurangan, dan saya perlu bergegas untuk membeli lauk untuk tengahari dan petang ( i saved it for later). Bukan tiada makanan pada pukul 3 petang ke atas, cuma pada pukul 3 petang keatas, tempahan masakan panas akan dibukak, makanan yang berminyak dan biasanya nasi goreng mempunya ayam dan ikan bilis sebagai pelengkap rasa, boleh sahaja kalau saya minta nasi goreng tanpa ikan bilis, telur, dan ayam cuma saya tidak mampu makan nasi goreng sayur sahaja, pilihan plant-based diet pada pukul 3 petang ke atas tidak banyak. Kalau terlewat pon hanya mampu makan sup sayur sahaja. 





3. I Easily Hungry

saya sedar saya cepat lapar bila lakukan veggies diet ini berbanding dengan permakanan biasa saya. mungkin protein yang saya makan dalam plant-based diet ini tidaklah se'complex' dengan protein daging dan sejenis dengannya, senang untuk dihadam dan di proses. because of this I'm managed to complete 3 full meals in a day that usually I skip 1 or 2 meals per day. serta late-night-snack saya juga berkurang, tetapi kalau saya lapar waktu malam saya akan bancuh oats untuk diminum.




4. Improve My Digestion.

Since 55% on my plate is fibre and chlorophyll, sudah semestinya sistem penghadaman saya juga bertambah baik, cuma as reminder, makanan yang tinggi serat dan fibre perlu seiring dengan daily water intake. Walaupun, kita makan makanan yang tinggi fibre tetapi tidak mengambil kuantiti air yang berpatutan, boleh menyebabkan dehydration dan mengakibatkan constipation.




5. Improve My Focus

mungkin kerana saya makan simple protein yang senang dihadam berbekalkan minerals dan vitamins yang mencukupi. All of my energy can focused on my brain activity rather in my digestive system. I don't know how to describe it but I could see the difference when I'm able finished my to-do-list task way more faster than before and it make me wonder if the procrastinate is the affect of what we eat?.



6. Easily to wake up and sleep

I'm self-proclaiming myself that I'm a light sleeper, my duration time to enter the deep sleeping phase is quite long. I hardly found myself to sleep, even if I have prepared myself to sleep. saya biasanya tidur pada pukul 2 pagi, itu pun tertidur sebab main phone sebelum tidur. Tapi diet challenge ni, membantu saya untuk senang tidur dan juga senang bangun. My sleeping habit also changed, after 10 o'clock I will find myself sleepy and wake up on 530 am or 6 am without any alarm helps. Happiness is when you can wake up for fajr without any alarm needed.





I do believe in "You Are What You Eat", basically it was just a challenge, I doubt myself at first weather can I survived for a week by only eating grains and veggies (fruits sometimes) or can I face my craving during the challenge. However, it turn out very good, I appreciate my veggies on my plate, and I try not to indulge myself in huge amount of food and I try to hold myself more towards oily fried chicken (try to control myself in front of Uncle Bob's ayam gunting). Even just four days I can see some changing in my lifestyle, I wonder if I can go for a month challenge?. 




Perkara-Perkara yang Perlu Diperbaiki Sepanjang 'Vegan Week Challenge'

1. Read before you do

kesilapan kami sendiri untuk tidak membaca asas-asas tentang vegan diet, ilmu yang kami ada hanyalah dari media sosial menyebabkan kami kurang ilmu dan berlaku kekeliruan dalam memilih menu lauk makanan. Jadi untuk cabaran yang seterusnya saya perlu membuat rujukan tentang perkara yang berkaitan untuk mencapai hasil yang maksimum diakhir cabaran.

2. Mencatat Jurnal Pemakanan

walaupun kami meletakkan syarat untuk sentiasa mengemaskini makanan yang diambil secara harian, tapi kami hanya mengemaskini makan tengahari sahaja, sarapan dan makan malam tidak sempat untuk diupdate dalam instastory. jadi agak begitu culas dalam cabaran ini, sepatutnya kami perlu mencatat atau mengupdate segala food intake yang kami makan pada hari tersebut, supaya kami dapat keep in track if we are still valid in the challenge or not (without cheating).

3. Perlu Sentiasa Membaca Label 'ingredient'

Seperti yang saya maklumkan di atas, vegan tidak makan, makanan yang berasaskan binatang, even eggs, dairy product like cheese, milk and butter pon tak boleh makan. bahkan madu juga tidak boleh makan. Jadi kami perlu sort makanan bungkusan seperti roti, kek, biskut dan perlu melihat lebih teliti lagi akan kandungan dalam makanan tersebut. pada hari pertama dan kedua, saya sudah pon makan chocolate chip cookies dan roti, kerana saya masih belum mengetahuinya.




So that's it for my review of so Called Vegan Week Challenge. You can try it yourself and with your friends, You only live for once, bila lagi nak buat macam ni? To be or not to be. (I always used this words when I tried to influence my friend to try something new and it works). So yeah Happy weekend everyone. I will try to make this blog more MERIAH. Maaf salah silap (especially my nazi grammar) #siscuba