Friday, March 19, 2010

rahmat ujian

amik kat i luv islam


Rahmat Ujian
www.iLuvislam.com
oleh : fa isra
editor : almusafirq8


Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi,
"sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,
"Bukankah Subuh itu sudah tiba."
Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.



Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).
Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)
Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Thursday, March 18, 2010

my classroom

asslamualaikum

hurm tahun ni ana dah pon pindah kelas... segala-galanya pindah... pindah dorm, kelas rak telekung hehehe.... tapi yang nak cite ni kedudukan kelas ana, kelas ana ada 18 orang pelajar sahaja, jadi di sebabkan terlalu sikit orangnye jadi kami, ahli kelas merancang untuk menukar sistem kedudukan kelas. kondisi yang pertama ialah kedudukan berbentuk U,
bagi pendapat ana kedudukan ini amatlah memuaskan kerana semua orang boleh fokus, dan ana agak sukar untuk membuat'tahi mata' di dalam kelas kerana terang 'tang-tang' boleh nampak cikgu dan senang fokus, walaupon kadang2 adela jugak nak jatuh kelopak mata tapi amatlah jarang.... ana duduk sebelah maryam kamilah dan juga amirah k....

pastu baru2 ni kitorang tukar lagi susunan meja hurmm... mcm mn eekkk......
hmm... ade 3 barisan kemudian setiap orang duduk 2 orang sahaja.... kalo dulu boleh duduk 5 orang satu susunan U. dan an dah tukar partner tempat duduk kalo dulu maryam dan mira k.. tapi skang hazirah lak... hurmm.... mungkin ana akan rindukan pukulan maryam yang selalu hinggap di bahu kanan ana, dan akan merindui keluhan mira k bila dia rasa mengantuk hehehe... sepanjang duduk dengan mereka ana dapat mengerti kesebukan mereka sebagai pengawas (both of them are prefects) yang selalu ni hanya pandang remeh pasal tugas mereka. dan dapat mendekati mereka bersama, ia adalah 1 kenangan yang manis. dan sekarang ana duduk dgn hazirah seorang prefect juga dan ana akan cuba memahami dia dan cuba membantu dia jika ada kesusahan (mungkin ana yg ada ke susahan) hehehe nice to now my friends.... walaupon pada mulanya ana x berapa setuju dgn pertukaran tempat duduk (shuffle) sbb ana x leh nak sesuaikan diri dengan cepat......tapi saya yakin saya boleh duduk kat mana saja asalkan dapat belajar... kedudukan kitorang yang baru macam biasa 3 barisan, duduk 2 orang
lebih kurang macam ni... tapi barisan kiri dan kanan agak bengkok sikit menghadap ke meja guru dan barisan tengah lurus... alahamdulillah ana duduk kat hujung kiri 2nd row.... nampak la jugak cikgu... i>A x tido dlm kelasnye....

macm tu la... tahun ni ana jadi biro kebersihan

.... ana akan pastikan kelas 4 sc masyitah clean and clear iA walaupon ada kekurangan iA try to perbaiki keadaan.... begitulah keadaan class ana kedang2 peaceful kadang2 crowded... (ana yang pembising) ok itu sahaja... wassalam


Monday, March 15, 2010

cupcakes!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikumwrt
hurmmm............ cuti mid term... dah pon start... so many work to do... homework lagi... paperwork lagi..... hurmmm... bertimbun-timbun.... walopon bnyk keje tapi akan ku ttp nak buat projek ni.... saya fikir nak wat cupcakes for this week... hurmmm thinking of chocolate cake right now... mamybe chocolate cupcakes kot.... ok harap ia menjadi...
salam...

p/s:to bun2 saya akan tunaikan janji saya ye....