Thursday, December 31, 2009

takut kepada Allah


assalamualaikum....
aku baca buku penenang jiwa, imam ghazali, aku baca buku ni mmg tenag aa... aku bukak2 je buku terus rasa.. macam hati ini bergetar... aku nak tulis bab 1 kat dalam buku tu yg wat aku rasa....
ahhh... nnt korang tau...

bab1
takut kepada Allah

tersebut dalam sebuah hadis. Dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"sesungguhnya Allah menciptakan malaikat. sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepada ku, maka Allah memerintahkan malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah arsy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis SETITIS nur. Daripada detiap titisan itu Allah menjadikan malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari khiamat"

SUBHANALLAH.... MyEm0.Com

setengah hukama mengatakan, "keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. keselamatan roh pada sedikitnya dosa. dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (rasulullah SAW)"

Allah SWT berfirman:
"wahai org2 beriman, takutlah kepada Allah! dan

hendaklah(tiap2) org memperhatikan apa yang diusahakan

besok (hari khiamat). Takutlah kepada Allah. sesungguhnya

Allah Maha mengetahui apa2 yg kamu kerjakan"."(Q.s. Al hasyr:18)

sesungguhnya malaikat, langit, bumi, siang dan malam. pada hari khiamat, mereka sebagai saksi atas apa2 yg dilakukan oleh manusia. baik atau buruk, taat atau maksiat. bahkan, seluruh anggota badan akan mempersaksikanya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, "dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad diatasku" maka legalah orang mukmin dan zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas org kafir dan org derhaka sambil; berkata, "di atas ku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan makan haram" bumi itu akan membantah pengelakanya ketika di hisab.

orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badanya. sebagaimana Abul-laiths telah berkata,
"tanda2 takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara"

  1. pada lisanya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
  2. pada hatinya, dia mebuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnyaMyEm0.Com. lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. sebagaimana Raulullah SAW telah bersabda: "hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.
ketahuilah bahwa hasad itu penyakit yang amat berbahaya. tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.

3.pada pandanganya. maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram.MyEm0.Com.
tidak pula terpikat pada dunia. tetapi dia memandangnya dengan mengambil ikhtibar. Rasulullah SAW telah bersabda: "barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenhinya daripada api pada hari khiamat"

4.pada perutnya. maka perutnya tidak diisi barang yang haram. itu dosa besar. sebagaimana rasulullah SAW bersabda:"manakala sesuap drpd brg haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang Itu berada di dalam perutnya. jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di NERAKA" MyEm0.Com

5.pada ke2 tangannya. dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah. diriwikan daripada ka'ab akhbar, dia berkata:"sesungguhnya Allah AWT telah menciptakan bangunan dari zabaruj hijau. di dalamnya terdapat 70 000 aula. setiap aula terdapat 70 000 pondok, tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana TAKUT KEPADA ALLAH"

6.pada langkahnya(kakinya). dia tidak berjalan untuk maksiat. tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, org2 soleh.

7.terlihat pada ketaatannya. dia menjadikan ketaatan semata-mta untuk mencari keredhaan Allah. takut pada riak dan munafik.

barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori org2 yg dikatakan oleh Allah SWT:


"sesungguhnya orang2 yang taqwa dalam kebun2 dan mata air syurga" (Q.s al hijr: 45)MyEm0.Com


seolah-olah Allah mengatakan, "sesungguhnya pada hari khiamat mereka selamat dari api neraka"

dan seharusnya seorang mukmin harus berasa si antara rasa takut dan berharap. dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah. tidak berputus asa mengharapkanya. sebagaimana termaktub dalam firman Allah:

"jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah"(Q.s asy syura:28)

dia harus sentiasa menyembah kepada Allah. menghentikan perbuatan buruk. serta bertaubat kepada Allah.

hikayat: pada suatu hari nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. tiba2 dia melihat ulat merah. maka dalam hati dia berkata "apa kiranya kehendak Allah pada ulat ini?". maka dengan izin Allah ulat itu berbicara seraya berkata, "wahai nabi Allah! di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'subhanallah wal hamdulillah wala-illaha illa Allah' seribu kali. sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkan aku agar membaca ' Allahumma solli ala ,uhammadini nabiyyil ummiyyi wa'la alihi wasohbihi wa sallam' seribu kali. lalu apakah yg enkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?"

maka nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. dia merasa yakut kepada Allah, lau dia bertaubat dan bertawakal kepada-Nya.

nabi ibrahim al khalil as tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. kemudian Allah mengutuskan jibril as datang kepadanya seraya berkata, "Allah kirim salam kepada engkau dan berkata, "adakah engkau melihat sesorang takut kepada kekasihnya?" kemudian nabi ibrahim as menjawab, "jika aku ingat kesalahanku dan memikirkan seksaan-Nya, maka lupalah bahawa aku kekasih-Nya." Demikianlah akan keadaan para nabi, wali, org soleh dan org zuhud.

No comments: